Meninggal selepas kayuh basikal

meninggal selepas kayuh basikal

 

Seorang lelaki yang baru pulang daripada mengayuh basikal dilaporkan meninggal dunia di hadapan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, Kulim, Kedah hari ini.

Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun yang juga sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu, secara tiba-tiba jatuh dan pengsan di hadapan rumah selepas melakukan senaman ringan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Sazalee Adam berkata, kakitangan hospital yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin sebelum ini.

“Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Difahamkan, mangsa hanya mengayuh basikal di sekitar kawasan rumahnya dan selepas kejadian beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.

Sazalee berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker