Muhyiddin letak jawatan bukti JKOM gagal
Datuk Puad Zarkashi menyatakan kegagalan JKOM menjawap kepada rakyat mengenai dasar kerajaan telah menyebabkan Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan.
Puad berkata demikian sebagai respon soalan dalam segmen Anda Musykil Kami Terjahepisod ke-4.
“saya difahamkan JKOM ini sudahpun diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri”
“sukar untuk saya menilai keberkesanan JKOM sebab kita tidak tahu apa hala tuju mereka(JKOM)“
Menjawap persoalan mengenai Umno, Puad menyatakan Umno didokong oleh ‘orang Umno’ dan bukan mereka yang pada zahirnya ahli Umno tetapi tidak ‘berjiwa Umno’.
Kekuatan Umno juga turut dibantu ketegasan Zahid menangkis tekanan terhadap Umno dengan sokongan ‘orang Umno’ itu sendiri.
Anda perlu menonton segmen ini untuk mendapat gambaran lebih jelas dan kritikan dalam nada tegas. Soal relevan atau tidak Puad buat masa ini tidak menjadi perdebatan kerana beliau sendiri menerima kritikan terhadapnya dengan terbuka.