Pasar Awam Pulau Tikus ditutup

Pasar Awam Pulau Tikus

 

Pasar Awam Pulau Tikus dan Tapak Penjaja Sementara (TPS) di Jalan Pasar di sini, diarah tutup serta merta berikutan terdapat 19 kes positif COVID-19 membabitkan peniaga dan pembantu gerai.

Penutupan itu berkuat kuasa jam 12 tengahari hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi kenyataannya berkata, penutupan itu dilakukan bagi membolehkan kerja disinfeksi dan sanitasi dijalankan di kawasan premis sekali gus mengekang jangkitan.

“Ia membabitkan sebanyak 113 gerai di pasar awam yang beroperasi antara 6 hingga 1 tengah hari dan peniaga di 34 gerai TPS yang beroperasi pada jam 4 petang hingga 11 malam.

“Orang ramai khususnya pengunjung diminta mengambil perhatian terhadap penutupan itu,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, MBPP turut menasihati peniaga supaya mematuhi arahan penutupan itu dan tindakan termasuk penutupan premis atau pembatalan lesen berniaga boleh dikenakan jika didapati berlaku perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Persatuan di semua pasar dan kompleks makanan juga perlu memastikan supaya kawalan pengunjung dilaksana dengan baik pada setiap masa.

“Individu yang berstatus risiko tinggi dalam aplikasi MySejahtera adalah dilarang masuk ke dalam premis pasar awam atau kompleks makanan,” katanya lagi.

BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker