Resepi – Ikan rebus air asam

Ikan rebus air asam

 

   Resepi ikan rebus air asam

* Rebus ikan dengan asam keping dan garam..

* Bawang kecil hiris nipis 5 ke 8 biji

* Bawang besar 1 biji

* Bawang putih bakar dan ketuk 3 ke 4 ulas

* Air asam jawa setengah mangkuk ( Akma guna asam jawa bulat tu.. rendam dengan air suam, Akma buat pekat sikit dan boleh je ikut selera masing2..

* Belacan bakar ( ikut selera masing2 )

* Cili ( ikut selera masing2 nak pedas macam mana )

* Tomato ( dihiris )

* Garam

* Gula



1. Satu kan semua dlm satu bekas ( kecuali asam jawa, tomato dan ikan )

2. Masuk kan sedikit dulu air asam jawa kemudian picit cili, belacan dan bahan2 lain ( AMARAN BAGI YG TIDAK BIASA MUNGKIN TANGAN AKAN PANAS.. BOLEH JUGA GUNA SUDU )

3. Masukkan air asam jawa, tomato dan gaul rata..

4. Tuangkan atas ikan yang dah direbus..

Siap, selamat mencuba 😊

Sumber : AkmaFood

Leave a Reply