Wajibkan semua pegawai kanan SPRM isytihar harta

 

 



Sudah sampai masanya semua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwajibkan mengisytiharkan harta dan semua aset mereka.

Pengisytiharan aset dan harta setiap tahun sangat perlu dan mereka wajib mengemukakan laporan bayaran cukai LHDN.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga wajib menyiasat sekiranya timbul keraguan terhadap laporan cukai yang dikemukakan pegawai kanan SPRM.

Semua siasatan ini perlu berdasarkan pendapatan tahunan mereka (pegawai kanan SPRM).



Ini berikutan isu tangkapan SPRM terhadap pegawai sendiri, timbul pula kes seorang pegawai kanan SPRM disiasat berikutan penyitaan harta berjumlah RM1.6 juta.

Penguasa kanan SPRM gred 44 berusia 40 tahun didapati memiliki harta dan aset melebihi gaji yang sepatutnya.

Antara yang disita ialah sebuah rumah di Selangor, dua motorsikal jenis Ducati, sebuah kereta Mercedes Benz dan sebuah kereta Honda Type R.

 



CARIAN GAJI UNTUK PEGAWAI/PENGARAH KANAN GRED 44

 

tawaran gaji pegawai gred 44
Tawaran gaji untuk pegawai gred 44

 

Mengikut carian tawaran gaji untuk pegawai gred 44, tawaran pendapatan bermula dari RM3,556.00 ke RM10,411.00 berdasarkan tahun pengalaman bekerja.

Bayaran elaun keseluruhan berjumlah RM1,350.00 sebulan tidak termasuk kenaikan gaji tahunan.



Sekiranya seorang pegawai gred 44 medapat gaji maksimum ditambah dengan elaun, pendapatannya sekitar RM11,761.00 sebulan. Ini akan menjadikan pendapatan setahun pegawai gred 44 berjumlah RM141,132.00

 

SPRM

 



Menurut laporan akhbar, penguasa tersebut juga merupakan pegawai yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan wang sebanyak RM25 juta dalam simpanan agensi terbabit.

Pegawai tersebut ditahan dibawah Seksyen 23 (a) Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalah guna kuasa melupuskan barang kes. 

Isu panas ini mula tercetus apabila SPRM mengesahkan 3 pegawai mereka ditahan reman untuk siasatan manakala Polis mengesahkan pihak mereka tidak menerima sebarang laporan penahanan yang dilakukan.

PUTRA desak SPRM & PDRM siasat dakwaan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button