3 Kerajaan,3 PM masih tidak mampu cari pembunuh Adib

 

Sejak Mei 2018 sehingga September 2021, Malaysia bersilih ganti ditadbir 3 kerajaan dan 3 Perdana Menteri tetapi pembunuh Wira Bomba, Allahyarham Adib masih tidak dicari.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menyatakan kes Allahyarham Adib telah ditutup melainkan ada bukti baru berkaitan kes.

 

 

rujukan – https://www.msn.com/en-my/news/berita/kes-adib-akan-dibuka-semula-jika-ada-bukti-baharu/ar-AAONPaA

Pada September 2019, Mahkamah dimaklumkan kematian Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul di mana ia membabitkan kira-kira 20 hingga 30 lelaki.

rujukan – https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/611432/kematian-muhammad-adib-akibat-perbuatan-jenayah-mahkamah-koroner

Pada mac 2020, desakan agar Peguam Negara membuka siasatan kes melibatkan Adib dirujuk semula.

rujukan – PEGUAM NEGARA PERLU RUJUK SEMULA KES ADIB

Perdana Menteri, Dato Seri ISmail Sabri sebelum ini pernah menulis di media sosial akan terus memperjuangkan kes Adib namun pengumuman Zuraida semalam mengejutkan ramai pihak.

 

 

4 Suspek kes pembunuhan Adib dibebaskan dari tahanan reman pada 10 Disember 2018 dan selepas itu mereka terus hilang dari ‘pandangan’.

rujukan – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/10/4-individu-disyaki-serang-muhammad-adib-bebas-reman/

Isu kematian Adib yang ditutup sebenarnya memalukan negara. Seperti memperkecilkan kepakaran PDRM dalam penyiasatan melibatkan nyawa seorang penjawat awam. 

Dengan pertukaran pentadbiran negara dan Perdana menteri, kes seperti ini masih belum mampu diselesaikan sekaligus menampakkan kelemahan ketara dari semua sudut perundangan. 

Apa yang boleh dibanggakan jika kes Adib pun tidak dapat diselesaikan oleh 3 PM? 

SPEAKER TOLAK USUL BAHAS KE ADIB

Pada 21 September, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika menjelaskan alasan penolakan itu meminta Rayer mengemukakan persoalan dalam usul berkenaan ketika sesi jawab lisan.

“Usul itu terpaksa saya tolak kerana pertama, ia tidak menyatakan kenapa ia perlu disegerakan.

“Kedua, usul itu adalah di bawah (Peraturan Mesyuarat) 18(1), merundingkan sesuatu perkara tetapi malangnya usul Yang Berhormat adalah untuk menggesa Kabinet untuk menyuruh menteri menjawab soalan.

rujukan – https://perakinsights.com/2021/09/21/terkini-speaker-tolak-usul-untuk-bahas-kes-kematian-allahyarham-adib/

“Kalau kalau kita mahu buat sesuatu gesaan itu, terpaksalah Dewan membuat sesuatu ketetapan itu. (Peraturan Mesyuarat) 18(1) tidak boleh digunakan untuk membuat ketetapan, di bawah 18(1) cuma untuk merundingkan perkara berkenaan.

“Prosedur yang sepatutnya adalah Yang Berhormat membuat soalan untuk jawab lisan kepada kementerian kerana pihak Yang Berhormat mahukan jawapan menteri.

“Saya rasa itu prosedur yang sepatutnya,” katanya ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker