Pemuda maut motosikal rempuh tiang elektrik

Pemuda maut motosikal rempuh tiang elektrik

Pemuda maut motosikal rempuh tiang elektrik
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah stesen minyak dekat Serendah. – Foto ihsan PDRM

 

HULU SELANGOR: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah stesen minyak dekat Serendah di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata kejadian berlaku jam 6.38 petang membabitkan motosikal Yamaha Y15.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa berusia 24 tahun dalam perjalanan dari Antara Gapi ke Rawang.



“Tiba di lokasi, mangsa dipercayai melanggar tiang elektrik dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada tengkuk,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Suffian berkata, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



Polis tahan pemandu lori langgar tiang lampu isyarat

Pemuda maut motosikal rempuh tiang elektrik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker