Bukan menghukum sebaliknya mendidik – Idris Ahmad

Idris Ahmad

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, pihaknya juga tidak mengambil sikap menghukum mereka yang terpesong dari ajaran Islam, sebaliknya menggunakan kaedah mendidik dan kembali bertaubat.

“Kita sendiri di JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ada program istijabah dan memberi kausenling kepada mereka yang terpengaruh dengan ajaran sesat.

“Negara ini berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut ajaran sesat ini kita akan selalu beri tarbiah dan pendidikan kepada mereka supaya kembali ke ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Haji anjuran Instititut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), di Bilik Mesyuaratan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Pengarah IPSAS UPM, Prof Dr Ismi Arif Ismail.

Semalam, wanita yang mendakwa dirinya Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Masitah Ab Jalar atau Sittah Annur, 39, mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka hari ini.

Majlis Pengisytiharan itu dilaksanakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pengisytiharan taubat Masitah itu disaksikan empat individu iaitu Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan wakil Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Ansarullah Mohd Hashim.

Mesyuarat Khas Muzakarah Kebangsaan Mengenai Hal-Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 15 September lalu memfatwakan PMYT sebagai haram dan mempersembahkan keputusan itu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah untuk pewartaan.

BH

Leave a Reply