“Kenapa MIC terasa sangat?” Zahid tempelak MIC

 

Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi menempelak Malaysian Indian Congress (MIC) yang pernah meminta agar Pengerusi Barisan Nasional ditukarkan.

“kita harus tahu terdapat dua kategori parti yang bergabung dalam Barisan Nasional, parti teras dan parti gabungan”

“maka janganlah merasa sensitif (MIC), kalau parti gabungan diberikan tempat..kenapa terasa sangat?”

“kenapa Presiden (MIC) mengatakan Pengerusi Barisan Nasional ditukar? dia tidak boleh marah, kalau dia ada perasaan, orang lain juga ada perasaan” – Zahid Hamidi

 

Zahid Hamidi

MIC sebelum ini jelas menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan  Kerajaan Perikatan Nasional.

Sebagai rekod pada PRU14, MIC memenangi 2 kerusi parlimen namun SPR telah menggugurkan MIC dari kerusi Cameron Highlands.

Kini MIC hanya ada 1 wakil di Parlimen dari Tapah dan dilantik sebagai Menteri penuh dalam kabinet sekarang.

Tidak diketahui kemana arah tuju MIC atau kerusi mana yang akan MIC akan tandingi pada PRU15 kelak samada kekal dalam BN atau memilih Perikatan Nasional sebagai wadah baru.

Temubual Eksklusif bersama Presiden UMNO

2 thoughts on ““Kenapa MIC terasa sangat?” Zahid tempelak MIC

Leave a Reply