Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah! [VIDEO]

“Ustazah Doakan Saya Lagi 3 Tahun Nak Masuk…”

 Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah! [VIDEO]

Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah! [VIDEO]
Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah! [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Noorkhiriah Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah. Dia merupakan seorang pelakon dan pelawak yang dikenali di seluruh Malaysia.

Namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air apabila memenangi sebanyak tiga kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular ABPBH. Memulakan kerjayanya pada tahun 1999 sehingga kini, membuatkan Noorkhiriah menjadi wanita yang kuat dan tabah.

Noorkhiriah kini lebih gemar menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di Malaysia kerana kini dia menginginkan mencari harta akhirat bersama kawan-kawan yang dapat membantu sedikit sebanyak mengingatkannya kepada kehidupan akhirat.



“Saya Lagi Tua Dari Ustazah”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @norkhiriah77 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 627 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 200 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Noorkhiriah ditanya umur oleh Ustazah Asma Harun kerana dia kelihatan seperti tidak dimamah usia.

“Tak berubah ke, umur berapa”-tanya Ustazah Asma Harun

“Saya lagi tua dari Ustazah, doakan saya ustazah, saya lagi 3 tahun nak 50 tahun”-kata Noorkhiriah



@norkhiriah77

#norkhiriah #khiriah #khiriah17 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #esekeli #xyzbca #xyzbcafypシ

♬ original sound – Norkhiriah – Norkhiriah

Rata-rata netizen juga memberi reaksi yang sama seperti Ustazah Asma Harun kerana terkejut mendengar umur Noorkhiriah itu. Mereka terkejut kerana Noorkhiriah masih sama muda seperti dulu-dulu.



“Ustazah Asma terpegun sebab Noorkhiriah memang nampak muda tak berubah, saya pun suka tengok muka nur”

“Wehhh aku ingat dia awal 40 hahaha adoi”

“Seriusss ni?? saya ingat akak masih dalam 30an”-kata mereka

Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah! [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat diri kita dan orang lain agar usia yang ada ini dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.



Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading