PAS akan lawan Anwar jika bertanding kerusi sama

 

Pas Perak sedia berdepan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pemimpin itu bertanding di negeri ini.

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diinginkan.

 





Menurutnya, Pas Perak sudah pun bersedia dengan jentera pilihan raya mereka di semua peringkat.

“Sesiapa sahaja calon lawan kita bersedia dan kalau Anwar bertanding kebetulan di kawasan Pas kita bersedia untuk lawan.



“Dia nak bertanding mana itu dia punya suka tetapi untuk kita jentera sudah pun bersiap sedia di semua peringkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Izzuddin Shah di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bahawa Anwar dipelawa bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Mohd Akmal menasihatkan PKR Perak supaya berhenti seketika berpolitik ketika ini.

Beliau berkata, tumpuan kini perlu diberikan sepenuhnya terhadap usaha menangani penularan Covid-19.

“Sebarang perkara berkaitan politik boleh diumumkan apabila hampir tiba PRU15 nanti,” katanya.

sinar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button