Resepi – Nasi ayam ringkas & sempoi

 

1. Rebus ayam bersama garam secukupnya utk dapatkan sup & utk tanak nasi.

2. Planta, bawang putih & halia ditumbuk. Tumis sampai naik bau. Masukkan minyak bijan secukupnya (4 cup beras, minyak bijan dalam 1/2 sudu besar atau lebih). Boleh skip kalau x suka.

3. Beras yg kita dah cuci dan tos tadi, masukkan dalam bahan tumis, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya utk tanak nasi.

4. Untuk ayam putih tu, boleh rebus separuh masak & bila nasi dah hampir masak, boleh juga letak ayam dan stim kan bersama nasi sehingga nasi & ayam masak.

5. Untuk ayam kicap mcm biasa ade 2 versi, boleh rebus bersama kicap, sos tiram, madu lepas tu tos & goreng. Atau boleh rebus dulu kemudian perap dengan kicap.

6. Goreng secukupnya, jgn lama sangat nanti keras pulak.

7. Untuk kicap & cili boleh sesuaikan selera masing².

Kredit: Dani Shoppe’s

Leave a Reply