Takziah – Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

 

Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali.”

Itu kapsyen penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir di atas pemergian ayahanda tercinta, Dr. Mohammad Tahir Abdul Rahman pada usia 71 tahun.

Berita duka yang dikongsikan oleh penyanyi Assalamualaikum itu menerusi akaun Instagramnya turut memaparkan gambar gelap sebagai simbolik.

Sementara itu adiknya yang juga merupakan seorang penyampai radio Zayan, Anas memuat naik gambar Allahyarham Mohammad Tahir sekitar pukul 5.38 pagi hari ini.

“Terima kasih Allah, terima kasih buat segalanya. Terima kasih abah, kami cinta dan sayangkan abah sangat-sangat. Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali,” tulis Anas pada IG miliknya.

Menjengah pada hantaran perkongsian masing-masing, ruangan komen berkenaan dibanjiri doa dan ucapan takziah di atas pemergian ayahanda Faizal dan Anas.

Difahamkan Allahyarham merupakan bekas seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan dan ketika hayatnya aktif melakukan aktiviti kemanusiaan.

utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker