Temubual Eksklusif bersama Presiden UMNO

 

Segmen “Anda Musykil Kami Terjah “ kali ini mewawancara Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

Beliau juga adalah Pengerusi Barisan Nasional.



Dalam wawancara selama kira-kira 22 minit ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut secara terbuka mengupas beberapa isu panas.

Jawapan bagi banyak persoalan sama ada dikalangan ahli parti mahupun rakyat jelata.

Antara lain beliau secara terbuka bercerita mengenai kejanggalan yang wujud dalam Kabinet Keluarga Malaysia.



Kedudukan Perdana Menteri yang terikat dengan pemimpin tertentu serta isu ‘katak yang banyak berada dalam pentadbiran kerajaan.

Selain itu beliau turut berterus terang mengenai kedudukan Muafakat Nasional.

Beliau menyatakan seolah olah MN sudah tidak wujud serta peluang Barisan Nasional pada PRU15 nanti.

Dalam wawancara ini juga Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa pada kali ini Barisan Nasional tidak akan meletakkan mana-mana pemimpin untuk bertanding di dua kerusi serentak seperti pada PRU14.



Untuk memantapkan Barisan Nasional bagi menghadapai saingan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, Ahmad Zahid menegaskan bahawa parti itu akan meletakkan ramai tokoh-tokoh baru.

Ini termasuk dari kalangan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Namun, apa yang agak mengejutkan ialah beliau turut menemplak Parti MIC secara terbuka mengenai sikap parti itu dalam menegakkan perjuangan Barisan Nasional.

Untuk mengetahui lebih lanjut komen dan buah fikiran bekas Timbalan Perdana Menteri ini, jom ikuti temubual eksklusif ini.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button