Vetri Online sebar berita provokasi? (video)

Vetri Online

 

Sebuah portal berita dikenali sebagai Vetri Online sekali lagi menaikmuat kandungan video dengan kapsyen provokasi perkauman.

Dengan kapsyen “Tokong Cina Sg Besi mau roboh” , Vetri Online menggambarkan pihak berkuasa mahu merobohkan sebuah tokong.

Apa niat sebenar portal ini dengan kapsyen yang seolah mahu menggambarkan berlaku penindasan pihak berkuasa terhadap tempat keagamaan?

Sewajarnya mereka perlu lebih bertanggungjawab dalam menaikmuat video serta tidak cuba membakar sentimen berlainan bangsa.



 

 

Tidak dapat dipastikan mengapa portal tersebut gemar berbuat demikian.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ada kekasaran berlaku namun motif utama kejadian tidak diketahui.

Hasil tinjauan komen netizen, tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan Vetri Online.

Pautan – https://fb.watch/8iI0js001e/



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker