Adakah Muafakat Nasional masih wujud? – Zahid

 

Jawapan yang diberikan Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi ketika menjawap persoalan berkaitan Muafakat Nasional amat mengejutkan. 

“saya nak tanya balik, adakah muafakat nasional ini lagi?”



“kalau kita …apa ni yang dipanggil netizen bahawa Umno ini dikhianati..saya fikir elok kalau umno terus bertanding cara solo dengan menggunakan panji-panji Barisan Nasional” – Zahid

Beliau menjawap demikian dalam segmen ‘Anda Musykil Kami Terjah’.

Zahid memberi bayangan Muafakat Nasional yang dipelopori Umno-Pas kini semakin longgar berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin mereka.

 



 

Sebagai rekod, kerjasama Umno-Pas sepanjang berlangsungnya pilihanraya kecil bermula di Cameron Highlands amat digeruni Pakatan Harapan. 

Kemenangan 7 kali berturut BN dengan kerjasama PAS menyebabkan kerajaan PH pada ketika itu goyah. 



Ketika ini hanya kelihatan segelintir pemimpin PAS yang masih lagi menyayangi kewujudan MN termasuk Nik Abduh.

Sejauh mana MN mampu bertahan tidak diketahui namun dijangkakan apabila PRU kelak, PAS akan bertanding secara solo dan tidak terikat dengan Perikatan Nasional atau Barisan Nasional.

“Muafakat Nasional belahan hati saya” Nik Abduh

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button