Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

korea utara

Korea Utara pada Selasa menguji peluru berpandu hipersonik baharu dikenali Hwasong-8, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Akademi Sains Pertahanan Korea Utara menjalankan ujian itu dari Toyang-ri, Kaunti Ryongrim, Provinsi Jagang.

“Pembangunan peluru berpandu hipersonik, satu daripada lima tugas yang menjadi keutamaan dalam rancangan lima tahun di bawah bidang senjata strategik yang ditetapkan pada Kongres Parti kelapan,” menurut KCNA.

Pada Selasa, tentera Korea Selatan memaklumkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat dari provinsi barat laut Jagang ke arah timur, tanpa memberikan butiran lanjut.

BERNAMA

Leave a Reply