Muhyiddin perlu jelaskan kontroversi ubahsuai

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya perlu menjawap kontroversi pengubahsuaian Sri Perdana yang menelan belanja sehingga RM38.5 juta.

Penjelasan amat dituntut dari Muhyiddin sekiranya beliau menyatakan pengubahsuaian tidak berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri.



60% ubahsuai telah disiapkan pada 31 Ogos 2021, Ismail Sabri pula mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada  21 Ogos 2021.

Amatlah mustahil ubahsuai mencapai 60% bilamana baru 10 hari Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dan barisan kabinet belum lagi dibentuk.

Sudah tentu kelulusan pengubahsuaian Sri Perdana berlaku semasa Muhyiddin masih lagi PM. Jadi bagaimana mahu meyalahkan Ismail Sabri?

 



 

Tindakan Muhyiddin berdiam diri umpama melepaskan tengkuk dan kini Ismail Sabri pula terpaksa menanggung beban yang dilakukan Muhyiddin.

Ini sesuatu yang tidak adil kepada imej Ismail Sabri kerana beliau yang dikecam hanya kerana Muhyiddin mendiamkan diri apabila kontroversi tercetus.



Kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mengesahkan ubahsuai Sri Perdana dilakukan pada zaman Muhyiddin masih PM dan bukannya Ismail Sabri.

Ini amat bertentangan dengan apa yang sering disebut oleh Muhyiddin, kerajaan tidak ada duit bagi menggambarkan kedudukan kewangan negara.

Setakat hari ini 28 September 2021, projek berkenaan sudah mencecah 74% kemajuan.

Dengan kos sebanyak RM 38.5 juta, sebuah lagi Sri Perdana boleh dibina oleh Muhyiddin.



Rakyat suruh Muhyiddin pulihkan ekonomi negara bukan baikpulih kediaman sendiri.

Jadi jelas siapa sebenarnya yang meluluskan perbelanjaan besar.

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button