37 peratus pesakit alami simptom ‘long COVID’ – kajian

foto hiasan

Sekurang-kurangnya satu simptom jangka panjang Covid-19 atau ‘long covid’ dikesan pada 37 peratus pesakit selepas tiga hingga enam bulan dijangkiti.

Menurut kajian dari Universiti Oxford dan Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional, gejala yang biasa termasuk masalah pernafasan, keletihan, kesakitan dan kegelisahan.

Dapatan berkenaan diperoleh dengan penglibatan lebih 270,000 bekas pesakit Covid-19.

Menurut kajian itu juga, simptom itu kebiasaannya berlaku kepada mereka yang dimasukkan ke hospital dan kebanyakkannya juga melibatkan wanita.

Namun tiada keterangan lanjut mengenai gejala jangka panjang ini dan berapa lama ia akan bertahan.

Kebanyakan individu lanjut usia dan lelaki dilaporkan mengalami kesukaran bernafas manakala bagi orang muda dan wanita mengalami sakit kepala, masalah di perut dan kemurungan.

Jelas ketua pengkaji dari Universiti Oxford, Paul Harrison, pihaknya juga akan mengenal pasti mekanisme untuk langkah pencegahan dan rawatan.

awani

Leave a Reply