Central Spine Road akan dirasmikan 7 Oktober 2021

 

Central Spine Road atau CSR ini ialah sebahagian daripada subpakej 5C (Kampung Asap – Kampung Sertik) dan 5D (Bentong bypass) sejauh 28.5 KM yang telah siap, bakal dirasmikan pada 7 Oktober ini.

Kedua-dua subpakej ini ialah sebahagian daripada keseluruhan projek CSR bebas tol sepanjang 350 KM antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong ini.

Saya bangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Barisan Nasional (BN) lagi.

 



Dan ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 seperti disebut oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini.

In Sya Allah, dengan siapnya CSR ini akan dapat memendekkan masa dan mempercepatkan perjalanan, serta memberi keselesaan kepada pengguna dalam kalangan rakyat.

Selain itu, ia bakal meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan-kawasan terlibat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker