Hanya lima peratus masih belum daftar vaksin

 

Kira-kira 5.7 peratus masih belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya masih berusaha untuk memvaksinkan golongan yang enggan mengambil vaksin.

“Banyak sebab golongan ini belum berdaftar seperti ignorant, berpindah, komorbiditi, kumpulan antivaksin dan sukar untuk capai pada mereka. Tetapi kita masih ada program advokasi untuk memvaksinkan mereka, sekiranya mereka tidak mahu vaksin, bermakna nanti satu ketika Kementerian Kesihatan akan keluar perintah atau cadangan untuk terus mengurus pandemik Covid-19 tanpa program vaksinasi.

“Jadi kita tetap meneruskan usaha supaya vaksin dapat diterima mereka, walau bagaimanapun dengan pengurusan wabak, kita terus berikan pengetahuan tetapi kalau tetap tak mahu ambil vaksin, mereka perlu lalui beberapa kriteria tertentu yang boleh mengawal Covid-19 daripada merebak,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

 





Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai usaha kerajaan dalam menangani golongan antivaksin.

Dalam pada itu, Adham turut mendedahkan seramai 3.2 juta remaja dianggarkan menerima vaksin jenis Pfizer yang selamat untuk diberikan kepada remaja, dengan 50 peratus telah divaksin satu dos.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button