KWSP lulus RM20.58 bilion

KWSP

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah meluluskan 4.98 juta permohonan i-Citra setakat 31 Ogos lalu, membabitkan kadar pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak RM4.71 bilion atau 23 peratus daripada kadar diluluskan, sudah dikreditkan kepada pemohon.

“Baki amaun pengeluaran akan dikreditkan kepada ahli berdasarkan jadual bayaran yang telah ditetapkan bagi pengeluaran i-Citra.



“Pembayaran terakhir i-Citra adalah pada bulan Februari 2022,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanya apakah status terkini program i-Citra yang dilaksanakan pada Julai lalu.

Inisiatif i-Citra yang diperkenalkan KWSP, membolehkan ahli berusia bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000, tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Ahli perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM100 dalam Akaun 1.

Jumlah pengeluaran diluluskan akan dibayar secara berkala sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan.

Zafrul memaklumkan, permohonan i-Citra dibuka kepada ahli pada 12 Julai sehingga 30 September lalu, dan pembayaran pertama dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos.

BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker