Resepi – Yong taufoo sedap dan enak

 

Yong taufoo

 

Yong taufoo memang sedap dan mudah untuk dijadikan hidangan keluarga. Tetapi tidak ramai tahu bagaimana membuat kuah yong taufoo. Saya kongsikan resepi untuk membuat kuah yong taufoo yang senang dibuat.

Kuah hitam

2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air

Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, pastu masak bagi mendidih sekejap.

Kuah merah ( tak ada gambar sebab saya tak buat, anak2 tak makan pedas. tapi inilah resepinya👇)
1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
3 sudu makan cili blend

Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk. Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit.

Siap

Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai.
Selamat mencuba!

#dapurmiju

MASAK APA HARI INI

Leave a Reply