Ibu Allahyarham Abam Bocey meninggal

foto ihsan Metro

 

Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad meninggal dunia pada usia 64 tahun, awal pagi, hari ini.

Ali menerusi Instagram memaklumkan kematian ibunya itu pada jam 1.56 pagi.

“Assalamualaikum…mak saya telah pergi menghadap Ilahi. Doakan buat mak saya ye semua. Mak jumpa abang di sana ye,” tulisnya

Berita sedih ini turut dimaklumkan anggota Bocey iaitu Achey menerusi Instagram.


“Malam Jumaat pemergian mu mak @aliputeh_official. Moga mak tenang di sana. Moga bertemu dengan anakmu #abam tercinta di syurga Insya-Allah,” katanya.

Isterinya, Anne Achey turut berkongsi perkara ini di Instagram.

Hantaran mereka menerima ucapan takziah daripada rakan artis serta peminat kepada Ali dan keluarganya.

Pada 17 Disember lalu, Allahyarham Sabariah dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan asma.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika itu berkata, ibunya masih ‘ditidurkan’ dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker