Panik sekejap bila bas dirempuh gajah

SEEKOR gajah merempuh sebuah bas sehingga menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan kenderaan itu.
 
Ketika kejadian di Nilgiris, India minggu lalu, bas berkenaan sedang membawa sebilangan pekerja awam dari Kotagiri ke Mettpalayam, lapor India Times.
 
Menurut Setiausaha Kanan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Perhutanan, Supriya Sahu, pemandu bas terbabit tetap tenang ketika diserang haiwan berkenaan.
 
Gajah rempuh bas
 
“Saya sangat menghormati pemandu bas yang sangat tenang walaupun berdepan saat mencemaskan.
“Dia turut berjaya membawa kesemua penumpang ke tempat lebih selamat,” katanya dalam catatan di akaun Twitter miliknya.
 
Dalam rakaman video yang dikongsi Supriya, seekor gajah dilihat cuba menyerang sebuah bas sementara pemandu berkenaan mengundurkan kenderaan itu.
 
Bas berkenaan berhenti seketika sebelum haiwan itu menyerang dan menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan kenderaan terbabit.
 
Pemandu bas itu kemudian mengarahkan kesemua penumpang keluar daripada pintu belakang sebelum gajah itu menyerang sekali lagi.
 
Tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu.
 
awani

Leave a Reply