Sekali libas, ‘cytro’ PPBM terus ‘hilang pedoman’

 

Sejak beberapa hari lepas, isu kos ubahsuai Sri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri agak hangat diperdebatkan di media sosial.

Kos yang mencapai sehingga RM38.5 juta mula dikaitkan dengan cerita perabot Sri Perdana yang turut dikeuarkan dari kediaman tersebut.

‘Cytro’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mula menuding jari kepada Dato Sri Najib sebagai ‘punca’ kos ubahsuai Sri Perdana tinggi kerana kebanyakan perabot perlu diganti dengan alasan telah dibawa keluar Najib selepas BN kalah.

 

DIMULAKAN BEKAS PENYOKONG ANWAR

Cerita dimulakan oleh bekas penyokong kuat Anwar Ibrahim yang kini merupakan antara ‘penjilat kuat’ PPBM. Ia kemudian diikuti propaganda ‘cytro’ yang dianugerahkan dengan pemberian tanah di Perak.

Bagaimanapun, semua tuduhan telah dijawap Najib dengan melampirkan surat rasmi kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM dan Ketua Setiausaha Negara.

Najib juga menyatakan beliau dan keluarga hanya diberikan masa beberapa jam untuk meninggalkan Sri Perdana selepas BN tumbang. Ini adalah kerana Perdana Menteri ketika itu yang juga Pengerusi PPBM, Tun Mahathir percaya ada banyak rahsia tersimpan didalam Sri Perdana.

 

JPM ARAH NAJIB KELUARKAN BARANG PERIBADI MENGIKUT SENARAI MUKTAMAD

Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada Najib untuk mengambil semua barang peribadi miliknya melalui sepucuk surat.

Tempoh yang diberikan adalah 2 minggu dan perlu selesai sebelum 3 Disember 2020, manakala projek pengubahsuaian dan naik taraf Sri Perdana hanya bermula Mac 2021.

CARA ‘CYTRO’ PPBM IALAH TABUR FITNAH UNTUK BURUKKAN IMEJ

Jelas sekali tuduhan serta dakwaan ‘cytro’ PPBM merupakan fitnah terhadap Najib. Mereka memainkan nama Najib bagi melindungi Muhyiddin Yassin yang meluluskan projek tersebut pada Januari 2021.

Inilah kaedah mereka (PPBM) untuk memburukkan imej Najib di mata rakyat selama ini. Menuduh tanpa bukti kukuh kemudian memilih berdiam diri apabila kebenaran terbongkar.

Bukan sekali dua cara ini digunakan tetapi kali ini rakyat lebih cerdik daripada kalangan ‘cytro’ PPBM. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker