Seri 0-0, penyokong Marseille & Galatasaray bergaduh

Tiga anggota polis cedera selepas bom asap dan mercun dilempar ketika saingan Liga Europa antara Marseille dan Galatasaray di Perancis awal pagi tadi.

Perlawanan berkenaan tergendala selama lapan minit pada babak pertama apabila objek dibaling ke sudut Stade Velodrome, tempat penyokong kelab Turki itu berkumpul kata pegawai.



Ada juga pergaduhan membabitkan penyokong kedua-dua pasukan sebelum berjaya ditenangkan pihak berkuasa.

“Malam ini 550 anggota polis ditempatkan ke perlawanan bola sepak itu. Tiga daripada mereka cedera, mereka sentiasa mendapat sokongan penuh daripada kami,” kata ketua polis, Frederique Camilleri menerusi Twitter.

Penyokong Galatasaray dilarang keluar dari Turki membabitkan perlawanan berisiko tinggi.

 



Bagaimanapun kelab berkenaan masih memiliki ribuan penyokong di keseluruhan Eropah.

“Penyokong amat penting bagi kami. Saya meminta mereka bertenang. Mereka mendengar apa yang saya beritahu,” kata jurulatih Galatasary, Fatih Terim.

Perlawanan itu berkesudahan seri 0-0. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker