Ahmad Maslan dedah kisah di sebalik kes mahkamah

Datuk Seri Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

 

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan kisah di sebalik kes Mahkamah yang beliau hadapi selama hampir 3 tahun.

“Bermula pada tahun 2018 hujung tahun, Polis Bahagian AMLA menemuramah saya dan menunjukkan satu salinan cek tunai 2 juta ringgit”



“saya kata saya tidak menerima cek itu, setelah penyiasatan dibuat, pihak polis AMLA membebaskan saya, ini tidak ramai yang tahu” 

Itu antara penjelasan Datuk Seri Ahmad Maslan apabila ditanya mengenai kes yang beliau telah hadapi di Mahkamah.

Setiausaha Agung UMNO yang ditemui selepas beliau dibebaskan dan dilepaskan dari dakwaan pengubahan wang oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ahmad Maslan turut menceritakan kronologi berkaitan kes beliau dalam sesi temuramah segmen Anda Musykil Kami Terjah oleh MytvOnline di pejabat beliau.



“tapi pada pertengahan tahun 2019, 2 pegawai SPRM datang dan menunjukkan cek yang sama”

Untuk mengetahui kisah lanjut Datuk Seri Ahmad Maslan, anda boleh tonton di Menjelang PRU bagi mendapat gambaran lebih jelas.

Temubual Eksklusif bersama Presiden UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button