Adakah Rafiq gembira keadaan politik Melaka sekarang?

Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen merupakan figura politik yang perlu menjawap berkenaan keadaan politik terkini Melaka.

Rafiq sebelum itu menafikan penglibatan PN dalam gerakan membubarkan DUN Melaka  – https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/10/01/amid-possibility-of-state-govt-dissolving-melaka-perikatan-denies-move-to-t/2010045



Kedudukannya yang agak selesa dijangkakan membolehkannya dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru sekiranya TYT memilih untuk tidak membubarkan DUN Melaka.

Kontroversi politik Melaka akan jadi medan ‘perang psikologi’ antara parti-parti politik Malaysia bagi mengkaji keberkesanan kerja parti masing-masing.

Sidang Media Idris Haron

Menurut sumber yang dihubungi pihak MyTvOnline menerusi telefon, tidak menolak kemungkinan Rafiq menjadi pilihan Idris Haron untuk menggantikan Sulaiman Ali.



Sumberi menyatakan keadaan politik zaman Pakatan harapan memberi pengajaran kepada mereka.

“kita sudah belajar dari cara Pakatan Harapan memerintah, nak beri jawatan Ketua Menteri pada PAN lagi? Sudah tentu tidak, jadi siapa paling layak kalau Idris Haron dan 3 lagi Adun tidak mahu Umno diangkat sebagai Ketua Menteri? Nampak gaya Rafiq perlu bersedia jadi Ketua Menteri Melaka” – Sumber

Tindakan Idris Haron dipercayai ada kaitan dengan kedudukan Sulaiman Ali yang tidak mempunyai ‘kuasa’ menentukan calon pada Pru15 nanti. 

Sumber turut mendedahkan, Idris Haron dan ADUN lain yang bersamanya mahu kedudukan mereka sebagai calon dalam Pru15 dikekalkan.



Namun demikian disebabkan Sulaiman bukanlah individu yang akan menentukan kedudukan mereka, maka tindakan terpaksa dilakukan demi menjaga jawatan dan kedudukan mereka.

Oleh demikian seorang Ketua Menteri yang boleh menjamin kedudukan mereka perlu dipilih segera.

Sejauh mana kebenaran yang dimaklumkan sumber masih belum dapat dipastikan.

“Sultan Melaka mangkat”,kerajaan negeri terus bergolak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button