Idris Haron tunjuk ‘belang’ sebenar, PRN Melaka?
Politik Melaka bergolak semula. Kali ini Datuk Seri Idis Haron menjawap teka-teki serta penafian yang kononnya beliau terbabit dalam usaha menukar kerajaan negeri Melaka.
Beliau bersama beberapa Adun Melaka mengumumkan sudah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Ali.
Beliau mendakwa Adun Pakatan Harapan turut menyokong dan bersama beliau dalam tindakan mengejutkan ini.
Dipercayai Ketua Menteri Melaka akan mengadap Tuan Yang Terutama Melaka bagi membubarkan DUN Melaka dan membuat Pilihanraya Negeri bagi mendapatkan mandat baru Kerajaan Melaka.
Tindakan Idris Haron ternyata telah membelakangkan nasihat parti dan beliau bersama beberapa ADUN Umno yang bersama wajib diambil tindakan tatatertib oleh Lemabaga Disiplin UMNO.