MIC patut bertanding di kawasan pemimpin DAP & PKR

 

 

Malaysian Indian Congress (MIC) menerusi kenyataan Presidennya SA Vigneswaran, menyatakan kesediaan mereka bertanding di 11 kerusi parlimen pada Pru15 kelak.

Namun demikian Vigneswaran tidak menyatakan kerusi manakah akan ditandingi MIC nanti.

 

SA Vigneswaran
Presiden MIC, SA Vigneswaran

 

Oleh kerana MIC belum membayangkan kerusi mana mereka mahu tandingi apakata mereka menguji kekuatan jentera dan gerak kerja MIC di kerusi yang disenaraikan.

Berani atau tidak MIC sahut cabaran ini?

  1. Jelutong – DAP
  2. Batu Gajah – DAP
  3. Puchong – DAP
  4. Ipoh Timur – DAP
  5. Batu Kawan – DAP
  6. Padang Serai – PKR
  7. Sungei Siput – PSM
  8. Segamat – PKR (lompat PPBM)
  9. Kuala Langat – PKR (lompat PPBM)
  10. Batu – Bebas (lompat PKR)
  11. Tapah – BN wajib pertahankan (majoriti Melayu)

MIC sewajarnya menjadi juara kepada pengundi kaum India sekiranya mereka memikirkan parti itu masih relevan untuk kaum India.

“Kenapa MIC terasa sangat?” Zahid tempelak MIC

Bukan hanya bergantung kepada jentera dan gerak kerja UMNO dan memilih kawasan majoriti Melayu. Bertanding di kawasan yang mempunyai populasi tinggi kaum India juga penting untuk menjadi penanda aras kepada pengaruh MIC dalam politik negara.

Mereka (MIC) patut melihat bagaimana PKR, sebuah parti yang memiliki penyokong terbesar kaum India sebagai contoh gerak kerja politik yang berkesan.

 

 

Mereka kini tidak lagi boleh bergantung kepada ‘kerusi tradisi’ yang sering digunapakai setiap kali meminta kawasan tertentu untuk bertanding.

MIC & MCA sebelum ini pernah menyatakan hasrat keluar dari menjadi komponen Barisan Nasional dan mencari ‘rakan baru’ politik.

MIC Sekadar Di Pinggiran Bersama Perikatan Nasional

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker