‘Pandora papers’ dedah 2 nama ahli politik Malaysia

 

Beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas.

Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.

Menurut pendedahan tersebut, dua ahli politik daripada Malaysia didakwa memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Antara nama yang disebut adalah Jho Low dan kaitannya dengan sebuah firma undang undang Amerika global yang dilaporkan diguna untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong.

Syarikat ini didakwa pihak berkuasa Amerika digunakan untuk menyalurkan wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Pendedahan ini dibuat pada Ahad oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), melibatkan 600 wartawan daripada 150 organisasi media di 117 negara.

Ia digelar Pandora Papers, yang mendedahkan transaksi golongan elit dan korup yang menyembunyikan aset bernilai beberapa trilion dolar AS di dalam pelbagai akaun luar pesisir.

Mereka dilapor mengambil langkah tersebut, antara lain bertujuan mengelak membayar cukai.

ICIJ dalam penafiannya menjelaskan, wujud penggunaan sah untuk akaun luar pesisir dan tidak semua individu yang terlibat adalah korup.

Siasatan yang dilakukan selama setahun ini mendedahkan bagaimana bank dan firma guaman bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan luar persisir untuk mereka struktur korporat yang rumit.

Antara nama individu didedahkan mempunyai akaun luar pesisir sulit adalah Raja Jordan Raja Abdullah II, bekas perdana menteri United Kingdom Tony Blair, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Russia Vladimir Putin.

Awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker