“Sultan Melaka mangkat”,kerajaan negeri terus bergolak

Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan

 

Ada suara nakal bermain di media sosial mengaitkan konflik pergolakan politik Melaka terjadi kerana ‘Sultan Melaka’ telah mangkat dan tidak ada lagi pengganti ‘Kesultanan’ di negeri tersebut.

Kontroversi politik Melaka mencapai klimaks apabila Datuk Seri Idris Haron mengisytiharkan beliau bersama beberapa ADUN telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

 

Sidang Media Idris Haron

 

“Jika didapati ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang melakukan kerja itu dan boleh menjatuhkan kerajaan, maka secara automatik keahliannya akan tergugur.

“Itu sajalah bagi pihak parti. Saya berharap wakil rakyat, Ketua Menteri dan Speaker dapat memainkan peranan,” – Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO.

Kini Idris Haron bukan lagi Adun UMNO kerana beliau telah bersama Pakatan Harapan menjatuhkan kerajaan Melaka bersama 15 lagi yang lain.

 

 

Antara yang turut serta dalam sidang media menyatakan pendirian bersama ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee, Nor Azman Hassan dan Noor Effendi Ahmad.

Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan lebih awal ‘mencuci tangan’ apabila menyatakan beliau tidak dijadualkan bertemu dengan TYT Melaka dalam masa terdekat bagi membincangkan isu konflik Melaka.

Samada Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau tidak masih belum ada sebarang berita rasmi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-melaka-meninggal-dunia-dipercayai-akibat-covid19-315331

Idris Haron tunjuk ‘belang’ sebenar, PRN Melaka?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker