‘Budak’ kak Zu bakal jadi calon PRN Melaka?

 

Oleh Amran ‘Klebang’

Kecoh dalam media sosial seorang ‘budak suruhan’ kak Zu bakal jadi calon sekiranya PRN Melaka diadakan.



Dikatakan ‘budak’ itu akan menjadi proksi untuk parti yang dikaitkan dengan kak Zu beberapa hari lepas.

Dipercayai ‘budak’ Zuraida itu dikatakan pernah bertugas di Pejabat Perdana Menteri ketika Perikatan Nasional memerintah.

Dikatakan individu itu juga merupakan seorang yang agak ‘bodoh’ dalam hal politik namun beliau diambil bertugas kerana ‘kepakarannya’ membuat fitnah serta tohmahan.

Atas faktor tersebut, maka individu itu akan menggunakan logo Perikatan Nasional tetapi akan menukar keahlian parti sekiranya memenangi PRN.



‘Budak’ tersebut yang juga penyokong kuat Azmin Ali sudah tentu akan menggunakan populariti Azmin dan Zuraida bagi menyakinkan pengundi untuk memilihnya disebalik ‘kebodohan’ politik yang diwarisinya.

Zuraida yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Negara Malaysia, dipercayai akan meletakkan proksi beliau di kawasan yang boleh dimenangi dengan bantuan penyokong PPBM dan PAS.

Jika benar perancangan tersebut, maka PPBM dan PAS akan sekali lagi ‘dibodohkan’. 

Ini adalah kerana Parti Negara Malaysia masih samar-samar penubuhannya dan sudah pasti jentera pilihanraya belum ditubuhkan. Untuk memudahkan proksi berkempen, jentera PPBM dan PAS akan digunakan.



penafian – penulisan ini merupakan pandangan penulis dan pihak kami tidak terbabit dengan pengolahan penulisan. Segala komen adalah atas risiko sendiri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button