Hubungan UMNO-PAS tidak boleh dalam ketidaktentuan

Zahid Hamidi

 

Hubungan UMNO-PAS tidak boleh terus menerus berada dalam ketidaktentuan bagi menghadapi PRU15 akan datang. Demikian tulisan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di facebooknya. 

Beliau juga menggariskan beberapa perkara yang kini menjadi ‘tembok’ antara dua parti terbesar orang Melayu di Malaysia ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah membuat ketetapan tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU-15.

Ia merupakan sebuah ketetapan yang diamanahkan oleh akar umbi parti keramat agama, bangsa dan negara kepada Presiden UMNO untuk dilaksanakan.

Akar umbi UMNO mempunyai sebab yang wajar berhubung ketetapan itu kerana semua sedia maklum apakah agenda terselindung penubuhan PPBM sejak September 2016.

Manakala pimpinan PAS pula ‘mengisytiharkan kesetiaan’ kepada PPBM dan Presidennya, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin selepas menyertai Perikatan Nasional (PN).

Sedangkan mereka juga tahu dengan jelas apakah agenda terselindung penubuhan PPBM seperti yang mereka tahu tentang agenda penubuhan Parti Amanah Negara (PAN).

 

 

UMNO TIDAK BOLEH BERDEPAN KETIDAKTENTUAN MUAFAKAT NASIONAL


Kedua, UMNO tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan tentang MN dalam persiapan dan persediaannya menghadapi PRU-15.

Ketidaktentuan boleh menganggu dan menyekat kelancaran strategi serta gerak kerja UMNO untuk PRU-15.

UMNO perlu segera berdepan dengan hakikat seperti yang rakyat kebanyakan juga dapat melihat hakikat sebenar tentang MN ketika ini.

Ketiga, ramai pihak termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar berpandangan UMNO telah dikhianati, maka jika benar begitu tidak mengapa.

UMNO kekal bertanding dibawah panji Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen dan rakannya yang masih setia kepada perjuangan gabungan ini.

PN yang dibarisi PPBM dan PAS telah pun mengumumkan mereka telah mencapai kata sepakat.

Kata sepakat antara mereka untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU-15.

Justeru sudah terang lagi bersuluh UMNO perlu “move on” dan melangkah ke hadapan dengan segera. UMNO tidak boleh terus dalam “uncertainty”.

Adakah UMNO tidak berusaha menyelamatkan “The Real Muafakat Nasional” yang dimeterai antara UMNO dan PAS pada 2019?

“The Real Muafakat Nasional” yang merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas.

Jawapannya UMNO sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan. Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU-15.

Ini bukan manifestasi ketamakan, sebaliknya biarlah ia “free for all”. Tetapi UMNO tidaklah “rigid”.

Masih ada ruang untuk mempertahankan “The Real Muafakat Nasional” jika PAS bersedia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker