Idris Haron sah bukan lagi ahli UMNO

 

Datuk Seri Idris Haron disahkan bukan lagi ahli Umno berkuatkuasa semalam. Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan semasa ditemui pemberita.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga telah menunjukkan surat pemecatan 2 ADUN UMNO kepada pemberita.



 

Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan

 

Pada minggu lepas, Idris Haron menafikan beliau ada terlibat dengan gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka yang ditunjangi Umno. Bagaimanapun pada Isnin lepas, beliau bersama 3 lagi ADUN bertindak mengisytiharkan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Ali.

Tindakan Idris disokong Pakatan Harapan turut disertai Nor Azman, Norhizam Baktee dan Noor Effendi Ahmad.



Datuk Seri Mohamad Hasan

 

Pada Selasa, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh memaklumkan TYT telah bersetuju membubarkan Dewan.

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengambil maklum perkara tersebut dan akan bermesyuarat untuk persediaan PRN Melaka.



Siapa paling layak jadi KM ‘caretaker’ Melaka?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button