Piala Dunia setiap dua tahun, Lahm bantah
Bekas kapten Jerman, Philipp Lahm yang juga pengarah kejohanan Euro 2024, berkata hari ini bahawa dia membantah idea kontroversi Piala Dunia setiap dua tahun.
“Saya dapati rentak yang ada ketika ini sepatutnya kekal,” kata Lahm yang mengetuai Jerman meraih gelaran Piala Dunia 2014 dan bersara daripada bola sepak pada 2017.
Pemain berusia 37 tahun itu mahu FIFA meneruskan kitaran sedia ada iaitu Piala Dunia setiap empat tahun sekali dengan jurang dua tahun untuk pusingan akhir kejohanan global lain dan Kejuaraan Eropah.
“Sebagai pemain saya sentiasa gembira dengannya dan sebagai peminat ia sesuatu yang bagus ada kejohanan besar – sama ada Euro atau Piala Dunia – setiap dua tahun.
“Saya yakin ia sepatutnya kekal seperti sekarang.”
Khamis lalu, badan induk bola sepak dunia, FIFA mengadakan perhimpunan membabitkan 211 ahli gabungannya dalam usaha meraih sokongan.
Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) dikatakan membantah cadangan itu. – AFP