PRN Melaka boleh jadi contoh untuk PRU15 – Ab Rauf

 

Kaedah yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dijadikan sebagai contoh kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Menurut Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, parti itu yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai dengan keadaan pandemik COVID-19 dalam memastikan PRN Melaka berjalan lancar.

“Sekiranya Melaka mendapat kelulusan di peringkat MKN untuk menjalankan PRN ini, maka saya melihat kaedah boleh digunakan PRN Melaka sebagai PRN contoh kepada PRU akan datang.

“Jadi kaedah diperkenalkan MKN boleh digunakan sebagai rujukan untuk ditambah baik, sekiranya perjalanan pilihan raya di Melaka dalam suasana COVID-19 dapat ditambah baik menjelang PRU,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, tambah Ab Rauf, UMNO Melaka menghormati sebarang SOP yang akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya itu.

“Saya meletakkan harapan tinggi SPR dan MKN, Melaka telah masuk ke Fasa 3, kalau kerajaan mengizinkan Fasa 4 rentas negeri maka kaedah terbaik boleh digunakan di Melaka sebagai kaedah terbaik dalam PRU akan datang.

“Apa juga kaedah kalau diputuskan kerajaan pusat kita akan terima sama ada secara maya, itu hak kerajaan pusat untuk memberikan SOP di negeri Melaka,” katanya lagi.

awani

Leave a Reply