Siapa paling layak jadi KM ‘caretaker’ Melaka?

Sidang Media Idris Haron

Pakatan Harapan bersama Idris Haron terus menerus mengkritik pembubaran DUN Melaka dan menyatakan kerajaan sekarang tidak layak menjadi ‘caretaker government’.

Pada Isnin, Datuk Idris Haron bersama 3 lagi ADUN Melaka mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Melaka.

Pengisytiharan tersebut turut disokong oleh Adun Pakatan Harapan.

Netizen dan rakyat Melaka yang terkejut dengan tindakan Idris Haron menggelarkan tindakan tersebut  sebagai ‘Langkah Deris’.

 

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh membuat sidang media menyatakan TYT Melaka telah bersetuju dan membubarkan Dewan Undangan Negeri Ke-14.

Bekas Ketua Menteri Melaka,  Adly Zahari (PAN-PH) memberitahu mereka akan merujuk kepada Mahkamah untuk menentukan keabsahan ‘caretaker government’.

Idris Haron pula mendakwa ada ‘tangan ghaib’ yang mengawal Ketua Menteri itu selama ini dan beliau mengakui mempunyai masalah dengan Abd Rauf Yusoh.

CUBA JADIKAN MELAKA SEBAGAI MAKMAL UJI MoU?

Apa sebenarnya perancangan Idris bersama 3 Adun lain sebenarnya? Adakah mereka sengaja menguji sejauh mana keberkesanan MoU yang telah ditandatangani pemimpin parti pembangkang dengan kerajaan pusat? 

Jika itu tujuannya, maka jelaslah pembangkang hanya mengambil kesempatan dari peluang yang diberikan untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Persoalannya, siapakah dari kalangan mereka (ADUN Melaka) akan namakan sebagai ‘Ketua Menteri caretaker’ sekiranya PRN Melaka ditangguhkan?

 

 

Adakah Pakatan Harapan akan namakan Idris Haron sebagai ‘Ketua Menteri caretaker’ sepertimana dinamakan dalam Akuan Bersumpah yang tular di media sosial?

Mahukah Adly memberi laluan kepada seorang yang kini tidak diketahui mewakili parti mana sebagai KM? Tidakkah ini akan menimbulkan konflik antara PH-Bebas-PPBM? 

Adakah PPBM (PN) hanya akan menonton semua konflik dan membiarkan PH kembali menjadi kerajaan?

DUN Melaka dibubarkan, PRN bakal diadakan

 

 

 

One thought on “Siapa paling layak jadi KM ‘caretaker’ Melaka?

Leave a Reply