Dua peniaga dIdakwa palsukan permit khas barang kawalan berjadual

Dua peniaga dIdakwa palsukan permit khas barang kawalan berjadual

Dua peniaga dIdakwa palsukan permit khas barang kawalan berjadual
HOW CHEE CHANG (kanan) dan Chan Wee Keng didakwa atas pertuduhan memalsukan dokumen memalsukan permit khas pembelian bahan api di Mahkamah Majistret Kluang.

KLUANG: Dua peniaga didakwa Mahkamah Majistret di sini hari atas pertuduhan memalsukan permit khas pembelian bahan api pada 1 April lalu.

Tertuduh, How Chee Chang, 48, mengaku salah, manakala Chan Wee Keng, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Berdasarkan kertas pertuduhan, How Chee Chang dan Chan Wee Keng telah menggunakan satu dokumen, iaitu permit khas barang kawalan berjadual yang diketahui sebagai dokumen palsu di sebuah stesen minyak Petron Amirah Ali Solution Jalan Mersing, Nombor 264 Jalan Mersing-Kluang pada pukul 11.11 pagi, 1 April lalu.



Mereka didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ramizah Razli, manakala Wee Keng diwakili peguam bela Muhammad Fadzly Abu Bakar dan Chee Chang diwakili Atuffah Said.

Mahkamah kemudiannya menetapkan setiap tertuduh diberikan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Ogos depan sebagai tarikh penghakiman terhadap Chee Chang dan sebutan semula kes dan penyerahan dokumen terhadap Wee Keng. – UTUSAN

Dua peniaga dIdakwa palsukan permit khas barang kawalan berjadual

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading