Skandal terowong,akan ada mangsa jatuh lagi?

Oleh – Bakhtiar Omar

 



Negara dikejutkan dengan kematian sakti utama kes skandal terowong dasar laut Pulau Pinang semalam. Mangsa bergelar Datuk dijumpai terbaring berhampiran kolam renang dalam keadaan cedera parah.

Pihak polis menerima panggilan sekitar jam 5.20 pagi berhubung kejadian tersebut.

Mangsa pernah memberi keterangan dalam mahkamah berkaitan kes terowong dasar laut dan merupakan saksi utama kes tersebut.

Agak mengelirukan apabila merujuk kepada laporan sebuah portal berita, mangsa dikatakan tinggal di kediaman bersama isteri dan dua anak. Adakah keluarga mangsa tidak menyedari sekiranya mangsa diklasifikasikan sebagai ‘terjatuh’?



Mengimbau kisah ‘jatuh bangunan’, ada kes yang dikaitkan dengan pemimpin organisasi politik turut pernah menghiasi dada akhbar negara.

 

 



Nada klasifikasi- ‘jatuh bangunan’- sama terjadi terhadap saksi bila ada kes Mahkamah dan tidak menyebelahi seseorang atau sebuah organisasi. Adakah semua itu terjadi secara kebetulan? 

Apa juga spekulasi yang bertiup, kredibiliti pihak berkuasa menyiasat punca dan apa yang berlaku tidak perlu dipertikaikan.

Cuma mengharapkan agar tiada lagi mangsa atau saksi utama mana mana kes atau skandal yang berkaitan dengan organisasi politik menjadi penghias kisah kemalangan dengan tajuk ‘jatuh bangunan’.

Difahamkan satu bedah siasat akan dijalankan hari ini ke atas mangsa untuk mengetahui punca kematiannya.



Rakyat tentunya mahu tahu apa punca sebenar kematian saksi utama kes skandal terowong.

Bedah siasat saksi kes terowong petang ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button