Tiada SJR besar-besaran bila masuki fasa endemik- KJ

 

 
Sekatan jalan raya (SJR) pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan apabila negara memasuki fasa endemik kelak.
 
Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis akan tetap dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Khairy berkata demikian di Twitter apabila ditanya pengguna laman media sosial itu mengenai pengkuatkuasaan dan penempatan semula pasukan PDRM terhadap pematuhan SOP COVID-19 apabila SJR dikurangkan ketika negara memasuki fasa endemik.
 
“Ya, ini akan kekal sebagai sebahagian daripada Ops Patuh PDRM. Pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis akan terus dilakukan untuk pematuhan SOP terutamanya di pintu-pintu masuk, perkara ini kekal penting.
 
“Tetapi tentunya tidak ada sekatan jalan raya yang besar,” ujarnya.
 
Terdahulu, Khairy berkata apabila negara beralih ke fasa endemik kelak, tanggunjawab menjaga SOP akan bergantung kepada orang ramai.
 
awani

Leave a Reply