Lima kakitangan hospital ditahan SPRM

Lima kakitangan sebuah hospital direman lima hari mulai hari ini berhubung siasatan meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Perintah reman sehingga 11 Oktober itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

SPRM

Menurut sumber, kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah itu sejak 2019 hingga tahun ini membabitkan jumlah suapan RM22,000.

Difahamkan, kesemua suspek itu ditahan sekitar jam 3 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

BH

Leave a Reply