PRN Melaka-dimanakah calon PAS akan bertanding?

 

Untuk PRN Melaka, dimanakah kawasan akan ditandingi PAS sekiranya mereka bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertanding di 24 kerusi DUN Melaka pada Pru14, namun tiada satu kerusi dimenangi parti itu pada 2018.

 

DUN Melaka

 

Undi paling rendah yang diperolehi calon PAS ketika pru14 adalah 775 di N8 DUN Machap Jaya manakala paling tinggi 3,423 di N26 Serkam.

Pembahagian kerusi antara PPBM dan PAS dalam Perikatan Nasional akan menimbulkan konflik kepada penyokong kedua-dua parti yang semestinya mahu bertanding di kawasan yang berpotensi dimenangi dengan selesa.

Adakah mereka (PAS & PPBM) akan berkompromi tanpa mengambil kira sentimen penyokong serta pengundi mereka? Berdepan dengan Pakatan Harapan akan memberi impak sangat besar di atas kertas undi.

Pada Pru14, PPBM bersama dalam Pakatan Harapan dan menubuhkan kerajaan negeri. Bagaimana PAS mahu memujuk penyokong mereka untuk mengundi PN kelak?

Penyokong PAS yang diketahui sangat ‘walaq’ kepada pemimpin mereka akan berdepan kekeliruan samada mahu memberi undi kepada PPBM atau tidak. 

Bagaimana sekiranya berlaku pertembungan antara PPBM dan PAS sekiranya kedua parti bertanding secara berasingan?

PAS juga perlu memikirkan kriteria calon mereka samada memenuhi selera pengundi atau sekadar memenuhkan kuota.

Pakatan Harapan akan kalah PRN Melaka?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker