SPRM minta tampil maklumat, bukti royalti pasir

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti berkaitan isu membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

SPRM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu itu.

 



“Mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM adalah satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

“Selain itu, SPRM juga akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu terbabit,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Idris mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris mendedahkan disebabkan perkara itu, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker