Zahid tegaskan tiada kerjasama dengan PPBM

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan ketetapan yang telah dibuat perwakilan UMNO semasa PAU2020 akan diterjemahkan di PRN Melaka.

Beliau menjawap soalan berkaitan kemungkinan kerjasama antara Umno-PPBM dalam menghadapi PRN Melaka menerusi mesej di telefon.

Semasa dihubungi, Zahid masih berada di Parlimen dan hanya boleh memberikan jawapan menerusi mesej di whatsapp.

 

Soalan – Kenyataan Presiden Umno bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam PRN Melaka. Mohon pencerahan dari Datuk Seri?

 

JAWAPAN ZAHID UNTUK SOALAN MyTvOnline

PAU 2020 memutuskan Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam pilihanraya.

2. Ketetapan itu bagi menghormati keputusan akar umbi melalui resolusi yang telah dibuat di persidangan cawangan dan bahagian seluruh negara.

3. Mengambil semangat keputusan PAU itu, Umno berpendirian bahawa keputusan akar umbi harus terus dihormati dan turut diterjemahkan pelaksanaannya di PRN Melaka jika diadakan kelak.

4. Pimpinan utama Umno tidak berhasrat untuk membelakangkan ketetapan ahli2 bawahan terutamanya untuk tidak bekerjasama dengan sebarang parti politik yang terbukti berhasrat untuk melenyapkan Umno serta parti yang mengkhianati jalinan kesepakatan politik.

Dengan penjelasan daripada Presiden Umno, adalah diharapkan segala persoalan dan kemusykilan gerak kerja Umno menghadapi PRN Melaka terjawap.

Adakah Rafiq gembira keadaan politik Melaka sekarang?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker