Harga bunga popi cecah US100 di Afghanistan

 

Penjual bunga popi di Afghanistan berkata, harga tumbuhan itu meningkat sejak Taliban kembali menguasai kerajaan.

Keadaan ekonomi negara itu terus merudum namun pengedar dadah di selatan Afghanistan mendakwa harga popi meningkat tiga kali ganda.

Amanullah, seorang penjual popi mengakui penjualan tumbuhan itu adalah haram namun mereka tidak mempunyai pilihan.

“Perbuatan ini haram namun kami tiada pilihan untuk meneruskan hidup,” katanya yang menjual popi bersama rakannya Masoom di Howz-e-Madad di wilayah Kandahar.

Sejak Taliban menguasai Afghanistan pada 15 Ogos lalu, harga popi yang dijadikan heroin sebelum dijual ke pasaran Eropah meningkat tiga kali ganda.


Masoom berkata, penyeludup membayarnya AS$100 (kira-kira RM400) sekilogram.

Di Eropah, dadah itu dijual pada harga AS$50 (kira-kira RM200) untuk satu gram.

Harga popi sebelum penguasaan Taliban hanya satu pertiga daripada harga pasaran sekarang.

Penanam popi, Zekria mengesahkan harga pasaran popi kini meningkat namun memaklumkan popinya lebih berkualiti.

Beliau berkata, dia kini mampu menjana keuntungan lebih AS$145 (kira-kira RM580) sekilogram.

Peningkatan mendadak harga popi juga kini menjadi bualan pembekal, peniaga dan pembeli.

Cuaca, ketidaktentuan keselamatan dan politik serta penutupan sempadan memberi kesan kepada peningkatan harga popi, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker