Pejuang akan terima ADUN Bebas Melaka?

Sidang Media Idris Haron

 

Kontroversi 4 Adun Melaka masih menjadi bahan bualan netizen dengan pelbagai kisah ‘sisi gelap’ yang bertebaran di media sosial telah menarik perhatian Parti Pejuang.

Menurut sumber yang dipercayai, malam tadi ada perjumpaan antara salah seorang Adun bebas dengan Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi parti PEJUANG.

Dipercayai pertemuan malam tadi ada kaitan dengan pelawaan menyertai parti tersebut memandangkan 3 Adun telah disingkirkan parti masing-masing manakala seorang kekal bebas sebelum ini.

Jika mereka (4 Adun) membuat keputusan menyertai PEJUANG, maka senario politik Melaka akan lebih menarik.



Adakah peluang ini akan digunakan PEJUANG untuk menjadi salah satu ‘King Maker’ dalam percaturan politik Melaka? Difahamkan PEJUANG mahu menjadikan Negeri Melaka ‘milik’ mereka sepenuhnya dengan kekuatan 4 Adun bebas.

Tentunya peluang sebegini tidak boleh dilepaskan mereka (Adun bebas) bagi menjamin kedudukan mereka apabila berlakunya PRN mahupun PRU.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, maka segala risiko politik perlu diambil sebagai ‘kesempatan emas’ bagi memastikan karier politik mereka terus ‘bernyawa’.

Tinjauan yang dilakukan terhadap rakyat Melaka pula mendapat respon yang agak mengejutkan apabila 80% yang ditemui menyatakan akan menolak Pakatan Harapan daripada menjadi Kerajaan Negeri.



Mereka kebanyakannya menyatakan sudah merasai corak pemerintahan Pakatan Harapan dan enggan kembali kepada zaman tersebut.

PRN Melaka Tidak Boleh Ditangguhkan, Jika Tangguh Menjadi penyelewengan Perlembagaan Dan Mengancam Demokrasi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker