Brazil gagal ‘jinakkan’ Columbia

Kepulangan Neymar tidak dapat memberi inspirasi buat Brazil mencipta kemenangan apabila tuan rumah, Colombia menamatkan permulaan sempurna mereka pada kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan dengan keputusan 0-0 di Barraquilla, sebentar tadi.

Skuad Selecao menang semua sembilan perlawanan awal kelayakan, dengan menjaringkan 22 gol dan mengetuai carta kedudukan Amerika Selatan dengan kelebihan lapan mata sebelum sepak mula.

Skuad kendalian Tite itu hampir pasti layak ke pusingan akhir di Qatar tahun depan apabila mengekalkan jurang 13 mata berbanding pasukan tangga kelima, Colombia dengan empat pasukan teratas layak secara automatik.



Juara Copa America, Argentina pula boleh mengurangkan jurang kepada enam mata ke atas Brazil jika mereka menewaskan Uruguay pada perlawanan selepas itu.

Brazil bermula baik dan mendominasi pada suku pertama apabila Neymar menyepak kencang bagi memaksa David Ospina menepisnya berdekatan penjuru.



Lucas Paqueta kemudian mencuba penjaga gol itu sekali lagi dari jarak jauh yang sepatutnya mampu meletakkan pelawat di depan.

Hantaran Neymar memberikan peluang buat Paqueta berdepan satu lawan satu dengan Ospina tetapi bola tersasar.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker