Rauf cabar buktikan dakwaan terima projek Negeri

 

Digambarkan beliau sebagai seorang yang sering membolot projek kerajaan negeri dan terlibat dalam ‘menyusun’ kroni untuk projek, Dato Sri Abd Rauf Yusoh tampil mencabar buktikan dakwaan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai projek pasir serta pelbagai lagi dakwaan yang disebarkan.

Menerusi segmen ANDA MUSYKIL KAMI TERJAH yang disiarkan secara ‘live streaming’ di Facebook Menjelang PRU.

Rauf juga menjelaskan pelbagai persoalan serta tuduhan yang berlegar selepas DUN Melaka dibubarkan. 

Abd Rauf Yusoh

Dalam segmen tersebut, Rauf turut menggambarkan karekter Datuk Seri Idris Haron sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri Melaka.

Idris yang digambarkan Rauf sebagai seorang yang ‘tamak’ dan ‘bernafsu serakah’ kerana mahu menjadi Ketua Menteri Melaka selepas menjatuhkan kerajaan.

Rauf juga menjelaskan beliau tidak menerima projek atau kontrak kerajaan negeri kerana beliau mempunyai rangkaian perniagaan sendiri. 

Apabila disoal mengenai cadangan agar dirinya tidak bertanding di PRN Melaka bagi mengelakkan perpecahan Umno Melaka, Rauf memberi respon agak sinis.

“Saya bukan king” – Abd Rauf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker